Perundangan spesifik baka Bully Amerika

Emiriah Arab Bersatu

Emiriah Arab Bersatu "melarang pemilikan dan pengedaran bully Amerika untuk individu dan pertubuhan komersial."[33]

Ireland

Di Ireland, bully Amerika dibatasi sebagai bandog. Ia mesti diberongsong dan diikat pada cawak yang tidak lebih panjang daripada 2 meter (6 ka 7 in) apabila berada di ruang awam, antara keperluan lain.[34]

Jerman

Jerman telah meluluskan undang-undang mengenai anjing berbahaya (Akta Pembatasan Pemindahan dan Import Anjing) pada tahun 2001. Undang-undang ini melarang import atau pemindahan anjing tertentu dan menyertakan baka berikut: Bulterier, bulterier Staffordshire, pitbulterier, dan terier Staffordshire Amerika, serta baka silang dan baka kacuk anjing-anjing ini.[35]

Pada 9 Februari 2023, Mahkamah Pentadbiran Tinggi Rheinland-Pfalz memutuskan bahawa pengelasan anjing, yang bapanya ialah bully Amerika, sebagai anjing berbahaya diizinkan di bawah undang-undang negeri mengenai anjing berbahaya.[36]

Dalam tempoh setahun, 2 orang dibunuh oleh bully Amerika, kedua-dua anjing merupakan anjing peliharaan keluarga. Menurut statistik, Jerman mempunyai kira-kira 3 serangan anjing maut setiap tahun.[37][38]

Turki

Di Turki, ada pengharaman ke atas pemilikan atau pembiakbakaan bully Amerika.[39]

United Kingdom

Pada September 2023, ikutan beberapa serangan parah dan maut di United Kingdom, pengumuman dibuat bahawa pemilikan bully XL bakal dilarang di negara itu menjelang hujung tahun 2023.[40] Larangan ke atas penjualan, pembiakan, peninggalan, atau pembawaan bully XL di ruang awan tanpa cawak dan berongsong berkuat kuasa di England dan di Wales pada 31 Disember 2023, dengan larangan ke atas pemilikannya tanpa sijil pengecualian yang menyusul pada Februari 2024.[41]